https://www.youtube.com/watch?v=ZteEZbAtsNI
Media sosial bukanlah suatu yang asing dalam bidang pendidikan. Malahan, ia turut mempengaruhi budaya pembelajaran di mana-mana institut pendidikan. Menurut Gulbahar (2014), pelajar menggunakan media sosial dalam pembelajaran mereka dengan tujuan untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas, perkongsian sumber maklumat, menyediakan ringkasan, bertanyakan soalan, perbincangan bersama, perkongsian fail, penilaian, serta makluman dan hebahan yang pantas ianya selaras dengan pandangan Bryer danZavartarro (2011). Sehubungan dengan itu, aplikasi media sosial telah menjadi salah satu cara komunikasi yang paling penting sejak kebelakangan ini. Media sosial yang dicipta pada asalnya untuk tujuan komunikasi kini telah mempunyai kepelbagaian fungsi. Kesan daripada itu, media sosial diwujudkan untuk menyediakan komunikasi dalam kalangan pelajar tanpa mengira jarak,membuatnya lebih terbuka kepada semua orang supaya mudah berkongsi maklumat, fail dangambar-gambar dan video, membuat blog dan menghantar mesej, dan membuat perbualan masa nyata. Justeru itu, sistem ini dikenali sebagai sosial kerana menyediakan perkhidmatan komunikasi yang mudah dan berkesan dengan keluarga, saudara- mara dan rakan-rakan. Bukan itu saja malah media sosial juga menguatkan hubungan antara manusia. Manakala Boyd (2010) berpendapat keberkesanan media sosial dalam penyaluran maklumat adalah berkesan. Selain itu media sosial dapat mengumpulkan beribu-ribu maklumat dalam masa yang singkat, tahap perhatian yang diberikan oleh pengguna adalah sangat rendah, dan kebanyakkan maklumat yangdipaparkan melalui media sosial tidak dibaca langsung oleh pengguna.Dapatan kajian lepas (Huang & Hung, 2009; Kessler, Bikowski, & Boggs, 2012) menunjukkan aplikasi media sosial membantu pelajar dalam penulisan seperti Wikipedia dan blog .
Alexa (2012) mencatat lima media sosial teratas di dunia iaitu Facebook, diikuti olehTwitter, Linkedln, Google+ dan Pinterest yang berpotensi untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran sebagai alat untuk membantu pelajar mendapatkan maklumat serta berkomunikasi dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerbergsebagai medium untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat bagi pelajar Harvard sahaja kini menjadi media sosial paling dikenali di dunia. Pada Jun 2011, Facebook melaporkan jumlah pengguna telah mencapai 750 juta.Menurut laman web Internet Lives Stats pula, seramai tiga bilion atau 40 peratus daripada penduduk dunia menggunakan Internet. Di Malaysia terdapathampir 20 juta atau 67 peratus rakyat menggunakan internet dan lebih daripada 15 juta orang akses kepada Facebook.Media sosial juga dijadikan tempat menyampaikan maklumat dan bertukar pendapat serta sebagai wadah pembelajaran bagi pelajar dan sumber rujukan yang interaktif dan kreatif. Media sosial juga telah membuka dunia komunikasi dengan lebih luas tanpa sempadan dan kaedah ini menjimatkan waktu dan masa. Bagi Al-rahmi dan Othman (2013), melalui media sosial dalam pembelajaran, pelajar akan lebih bersifat terbuka dalam menyuarakan pendapat serta memberikan kelebihan dalam perkongsian maklumat, perkongsian fail, gambar dan video membuat blog, menghantar mesej serta mengendalikan ruangan perbincangan dalam keadaan masa yang sebenar (real time
Kajian oleh Omar (2014) pula menunjukkan penggunaan media sosial di institut pengajian tinggi dilihat mempunyai potensi dalam pembentukan mahasiswa yang berdaya saing melalui sistem pembelajaran menjadi lebih efektif. Golongan pendidik dan pelajar perlu sedar bahawa media sosial adalah medium pemudah cara serta membolehkan maklumat disampaikan dalam pelbagai bentuk dan dapat dikongsikan bersama kerana peranannya yang lebih bersifat global. Kepelbagaian aplikasi berasaskan media sosial ini telah diwujudkan bagi menawarkan satu wadah yang baik kepada pendidik dan pelajar untuk memaksimumkan penggunaan aplikasi tersebut dalam pendidikan (Chuah 2013). Golongan pendidik dan pelajar juga melihat media sosial sebagai peluang untuk dimanfaatkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran atas talian. Malahan, penggunaan media sosial ini telah diperakui oleh para akedemik tetapi penggunaannya belum meluas dan merata ekoran pelbagai kekangan,terutamanya liputan talian internet. Dalam konteks kajian ini media sosial yang dimaksudkan ialah penggunaan Facebook, Youtube, Twitter , Blog dan Google+
Danah (2015) mendefiniskan media sosial sebagai laman rangkaian sosial yang menyediakan aplikasi yang berasaskan web. Melalui rangkaian ini individu mampu untuk membina dan membentuk profil sendiri seterusnya berkongsi bersama pengguna yang lain.Laman web ini juga membolehkan pelbagai perkongsian dilakukan bahkan melangkaui senarai terhadap individu lain. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat perbezaan antara laman-laman web yang disediakan. Media sosial mampu mengalirkan maklumat secara pantas tanpa halangan.Hal ini menyebabkan terjadinya fenomena besar terhadap penyebaran maklumat yang sedangmelanda dunia sekarang.
Oleh itu penggunan media sosial sangat sesuai diterapkan di pusat pengajian tinggi sebagai alat untuk meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran.Menurut statistik Facebook, para penggunanya memperuntukkan lebih 700 bilion minit sebulan untuk melayari aplikasi Facebook. „The Facebook‟ fenomena ini berlaku di seluruh dunia. Malah Malaysia sendiri telah mencatat di kedudukan kelima tertinggi di seluruh rantau Asia (Melor MdYunus, Hadi Salehi, 2012).Proses bagi media pengajaran terdiri daripada pelbagai jenis seperti gambar, bahan bercetak,surat khabar, majalah, radio, rakaman audio, televisyen, rakaman video, CD, internet dankomputer. Penggunaan media pengajaran tradisi seperti papan hitam dan kapur kerap menjadimedia pengajaran di bilik kuliah pada suatu ketika dulu. Kini penggunaan papan putih dan marker telah banyak digunakan. Media pengajaran dari bentuk elektronik kerap digunakan di bilik kuliah atau makmal seperti penggunaan komputer, internet dan projector LCD. Proses pengajaran adalah suatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama antara pendidik dan juga pelajar. Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan berlaku. Oleh itu, pengajaran dirancang oleh pendidik secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai yang boleh terjadinya proses pembelajaran. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan secara relatifnya kekal sama ada dalam bentuk yang eksplisit ataupun implisit (Shababuddin etal. 2003). Dalam proses pengajaran, pelbagai pendekatan yang boleh diaplikasikan seperti pengajaran berpusatkan pelajar, pengajar, hasil, proses dan nilai. Sehubungan dengan itu, pengajaran boleh ditambah baik dengan perkembangan ilmu, kemantapan kemahiran dan rujukankepada amalan profesional yang berkaitan. Pengajaran juga merangkumi proses mereka bentukkurikulum, penyampaian kurikulum, dan sistem penilaian pelajar.Sistem pembelajaran adalah proses interaksi antara pelajar dengan pendidik agar berlakunya proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau penguasaan kemahiran dankepercayaan kepada pelajar. Secara ringkasnya komponen asas yang membentuk sesuatu proses pengajaran seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu pengajar, pelajar, kandungan, kaedah,tujuan, hasil (perubahan yang kekal secara relatif) dan penilaian. Menurut Abd Rahim AbdRashid (2002), skop pembelajaran sangat luas meliputi domain kognitif (pemikiran dan minda),afektif (perasaan dan emosi) dan psikomotor (anggota fizikal badan). Sejajar dengan itu penerapan penggunaan media sosial dalam pendidikan merupakan suatu perkara yang penting dan dititikberatkan oleh warga pendidik. Sebelum kewujudan media sosial terdapat beberapa fasa media yang digunakan dalam pendidikan sebagai penyebar dan sumber maklumat. Fasa pertama ialah fasa tradisi yang menyampaikan informasi melalui radio,televisyen dan akhbar. Seterusnya, dunia media semakin rancak apabila aplikasi penggunaan telefon pintar, tablet dan gajet semakin meluas maka media sosial mula mencuri perhatian. Kini,media sosial menjadi teknologi utama dalam menyebarkan maklumat dan kandungan media antara penulis dan pembaca. Secara ringkasnya media sosial merupakan satu bentuk komunikasi elektronik (seperti laman web untuk rangkaian sosial dan microblogging) di mana pengguna membuat komuniti dalam talian untuk berkongsi maklumat, idea-idea, mesej peribadi, dan kandungan lain (video). Sehubungan dengan itu penggunaan pelbagai media sosial dapatmembantu pelajar memperoleh pelbagai maklumat dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, Youtube, Twitter , Blog dan Google+
No comments:
Post a Comment