Pengenalan

    TUJUAN PEMBINAAN BLOG PENDIDIKAN
Media sosial merupakan antara elemen penting dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Selari dengan perkembangan teknologi masa kini, medium media sosial telah menjadi salah satu landasan kepada bidang pendidikan bagi murid untuk menuntut ilmu. Menurut Kaplan & Haenlein (2010), media sosial dapat dikatakan sebagai sekumpulan aplikasi yang dibina berasaskan ideologi dan teknologi Web 2.0. Melalui media sosial, penyebaran maklumat mudah untuk disampaikan serta diperoleh pada bila-bila masa. Kini, kebanyakan masyarakat Malaysia mempunyai gaya hidup berdasarkan digital. Menurut Laporan Ekonomi 2013/2014, masyarakat Malaysia semakin banyak menghabiskan masa dengan purata 3.5 jam sehari untuk melayari internet berbanding media lain seperti radio, televisyen dan surat khabar dengan statistik yang meningkat kepada 25 juta orang (Kem Kewangan 2014). Menurut laporan Social Media Marketing Industry Report (2015), lima media sosial teratas dunia adalah Facebook, Twitter, Linkedln, Google+ dan Youtube.

Penggunaan media sosial di Malaysia :
Sumber : Hootsuite

Tujuan utama pembinaan blog pendidikan ini adalah seperti berikut :
  • Memberi pendedahan kepada guru-guru mengenai pengetahuan terhadap pendidikan melalui media sosial. Usaha ini adalah seiring dengan usaha kerajaan melalui Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 anjakan ke-7 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
  • Melalui blog pendidikan ini, guru-guru dapat mengenali beberapa aplikasi media sosial yang boleh digunakan untuk sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Guru-guru dapat belajar mengenai kaedah untuk menggunakan aplikasi tersebut serta kepentingan menggunakannya di dalam bilik darjah.
  • Guru dapat mengetahui mengenai cabaran dalam menggunakan aplikasi media sosial. Ini kerana, dalam menggunakan medium media sosial dalam bidang pendidikan, sudah tentu akan timbul beberapa masalah yang bakal menggangu sesi pembelajaran dan pengajaran guru dalam bilik darjah. Jadi, dengan mengetahui cabaran tersebut guru dapat memikirkan tindakan lanjut bagi mengatasi setiap masalah yang timbul.

Diharapkan melalui blog pendidikan ini dapat memberi informasi yang bermanfaat kepada guru-guru bagi menggunakan medium media sosial dalam bidang pendidikan.


Pendidikan Melalui Media Sosial ( Maksud dan skop pandang)

https://www.youtube.com/watch?v=Uyk2HmUlrhQ
https://www.youtube.com/watch?v=ZteEZbAtsNI

Media sosial bukanlah suatu yang asing dalam bidang pendidikan. Malahan, ia turut mempengaruhi budaya pembelajaran di mana-mana institut pendidikan. Menurut Gulbahar (2014), pelajar menggunakan media sosial dalam pembelajaran mereka dengan tujuan untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas, perkongsian sumber maklumat, menyediakan ringkasan, bertanyakan soalan, perbincangan bersama, perkongsian fail, penilaian, serta makluman dan hebahan yang pantas ianya selaras dengan pandangan Bryer danZavartarro (2011). Sehubungan dengan itu, aplikasi media sosial telah menjadi salah satu cara komunikasi yang paling penting sejak kebelakangan ini. Media sosial yang dicipta pada asalnya untuk tujuan komunikasi kini telah mempunyai kepelbagaian fungsi. Kesan daripada itu, media sosial diwujudkan untuk menyediakan komunikasi dalam kalangan pelajar tanpa mengira jarak,membuatnya lebih terbuka kepada semua orang supaya mudah berkongsi maklumat, fail dangambar-gambar dan video, membuat blog dan menghantar mesej, dan membuat perbualan masa nyata. Justeru itu, sistem ini dikenali sebagai sosial kerana menyediakan perkhidmatan komunikasi yang mudah dan berkesan dengan keluarga, saudara- mara dan rakan-rakan. Bukan itu saja malah media sosial juga menguatkan hubungan antara manusia. Manakala Boyd (2010) berpendapat keberkesanan media sosial dalam penyaluran maklumat adalah berkesan. Selain itu media sosial dapat mengumpulkan beribu-ribu maklumat dalam masa yang singkat, tahap perhatian yang diberikan oleh pengguna adalah sangat rendah, dan kebanyakkan maklumat yangdipaparkan melalui media sosial tidak dibaca langsung oleh pengguna.Dapatan kajian lepas (Huang & Hung, 2009; Kessler, Bikowski, & Boggs, 2012) menunjukkan aplikasi media sosial membantu pelajar dalam penulisan seperti Wikipedia dan blog .
Alexa (2012) mencatat lima media sosial teratas di dunia iaitu Facebook, diikuti olehTwitter, Linkedln, Google+ dan Pinterest yang berpotensi untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran sebagai alat untuk membantu pelajar mendapatkan maklumat serta berkomunikasi dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerbergsebagai medium untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat bagi pelajar Harvard sahaja kini menjadi media sosial paling dikenali di dunia. Pada Jun 2011, Facebook melaporkan jumlah pengguna telah mencapai 750 juta.Menurut laman web Internet Lives Stats pula, seramai tiga bilion atau 40 peratus daripada penduduk dunia menggunakan Internet. Di Malaysia terdapathampir 20 juta atau 67 peratus rakyat menggunakan internet dan lebih daripada 15 juta orang akses kepada Facebook.Media sosial juga dijadikan tempat menyampaikan maklumat dan bertukar pendapat serta sebagai wadah pembelajaran bagi pelajar dan sumber rujukan yang interaktif dan kreatif. Media sosial juga telah membuka dunia komunikasi dengan lebih luas tanpa sempadan dan kaedah ini menjimatkan waktu dan masa. Bagi Al-rahmi dan Othman (2013), melalui media sosial dalam pembelajaran, pelajar akan lebih bersifat terbuka dalam menyuarakan pendapat serta memberikan kelebihan dalam perkongsian maklumat, perkongsian fail, gambar dan video membuat blog, menghantar mesej serta mengendalikan ruangan perbincangan dalam keadaan masa yang sebenar (real time
).

Kajian oleh Omar (2014) pula menunjukkan penggunaan media sosial di institut pengajian tinggi dilihat mempunyai potensi dalam pembentukan mahasiswa yang berdaya saing melalui sistem pembelajaran menjadi lebih efektif. Golongan pendidik dan pelajar perlu sedar bahawa media sosial adalah medium pemudah cara serta membolehkan maklumat disampaikan dalam pelbagai bentuk dan dapat dikongsikan bersama kerana peranannya yang lebih bersifat global. Kepelbagaian aplikasi berasaskan media sosial ini telah diwujudkan bagi menawarkan satu wadah yang baik kepada pendidik dan pelajar untuk memaksimumkan penggunaan aplikasi tersebut dalam pendidikan (Chuah 2013). Golongan pendidik dan pelajar juga melihat media sosial sebagai peluang untuk dimanfaatkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran atas talian. Malahan, penggunaan media sosial ini telah diperakui oleh para akedemik tetapi penggunaannya belum meluas dan merata ekoran pelbagai kekangan,terutamanya liputan talian internet. Dalam konteks kajian ini media sosial yang dimaksudkan ialah penggunaan Facebook, Youtube, Twitter , Blog dan Google+

Danah (2015) mendefiniskan media sosial sebagai laman rangkaian sosial yang menyediakan aplikasi yang berasaskan web. Melalui rangkaian ini individu mampu untuk membina dan membentuk profil sendiri seterusnya berkongsi bersama pengguna yang lain.Laman web ini juga membolehkan pelbagai perkongsian dilakukan bahkan melangkaui senarai terhadap individu lain. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat perbezaan antara laman-laman web yang disediakan. Media sosial mampu mengalirkan maklumat secara pantas tanpa halangan.Hal ini menyebabkan terjadinya fenomena besar terhadap penyebaran maklumat yang sedangmelanda dunia sekarang.

Oleh itu penggunan media sosial sangat sesuai diterapkan di pusat pengajian tinggi sebagai alat untuk meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran.Menurut statistik Facebook, para penggunanya memperuntukkan lebih 700 bilion minit sebulan untuk melayari aplikasi Facebook. „The Facebook‟ fenomena ini berlaku di seluruh dunia. Malah Malaysia sendiri telah mencatat di kedudukan kelima tertinggi di seluruh rantau Asia (Melor MdYunus, Hadi Salehi, 2012).Proses bagi media pengajaran terdiri daripada pelbagai jenis seperti gambar, bahan bercetak,surat khabar, majalah, radio, rakaman audio, televisyen, rakaman video, CD, internet dankomputer. Penggunaan media pengajaran tradisi seperti papan hitam dan kapur kerap menjadimedia pengajaran di bilik kuliah pada suatu ketika dulu. Kini penggunaan papan putih dan marker telah banyak digunakan. Media pengajaran dari bentuk elektronik kerap digunakan di bilik kuliah atau makmal seperti penggunaan komputer, internet dan projector LCD. Proses pengajaran adalah suatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama antara pendidik dan juga pelajar. Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan berlaku. Oleh itu, pengajaran dirancang oleh pendidik secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai yang boleh terjadinya proses pembelajaran. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan secara relatifnya kekal sama ada dalam bentuk yang eksplisit ataupun implisit (Shababuddin etal. 2003). Dalam proses pengajaran, pelbagai pendekatan yang boleh diaplikasikan seperti pengajaran berpusatkan pelajar, pengajar, hasil, proses dan nilai. Sehubungan dengan itu, pengajaran boleh ditambah baik dengan perkembangan ilmu, kemantapan kemahiran dan rujukankepada amalan profesional yang berkaitan. Pengajaran juga merangkumi proses mereka bentukkurikulum, penyampaian kurikulum, dan sistem penilaian pelajar.Sistem pembelajaran adalah proses interaksi antara pelajar dengan pendidik agar berlakunya proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau penguasaan kemahiran dankepercayaan kepada pelajar. Secara ringkasnya komponen asas yang membentuk sesuatu proses pengajaran seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu pengajar, pelajar, kandungan, kaedah,tujuan, hasil (perubahan yang kekal secara relatif) dan penilaian. Menurut Abd Rahim AbdRashid (2002), skop pembelajaran sangat luas meliputi domain kognitif (pemikiran dan minda),afektif (perasaan dan emosi) dan psikomotor (anggota fizikal badan). Sejajar dengan itu penerapan penggunaan media sosial dalam pendidikan merupakan suatu perkara yang penting dan dititikberatkan oleh warga pendidik. Sebelum kewujudan media sosial terdapat beberapa fasa media yang digunakan dalam pendidikan sebagai penyebar dan sumber maklumat. Fasa pertama ialah fasa tradisi yang menyampaikan informasi melalui radio,televisyen dan akhbar. Seterusnya, dunia media semakin rancak apabila aplikasi penggunaan telefon pintar, tablet dan gajet semakin meluas maka media sosial mula mencuri perhatian. Kini,media sosial menjadi teknologi utama dalam menyebarkan maklumat dan kandungan media antara penulis dan pembaca. Secara ringkasnya media sosial merupakan satu bentuk komunikasi elektronik (seperti laman web untuk rangkaian sosial dan microblogging) di mana pengguna membuat komuniti dalam talian untuk berkongsi maklumat, idea-idea, mesej peribadi, dan kandungan lain (video). Sehubungan dengan itu penggunaan pelbagai media sosial dapatmembantu pelajar memperoleh pelbagai maklumat dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, Youtube, Twitter , Blog dan Google+

Kebaikan dan Keburukan Media Sosial

Kebaikan dan Keburukan Media Sosial

Peranan Media Sosial Dalam Pendidikan



Peranan  Media Sosial Dalam Pendidikan

Oleh : PQB 170028 Chong Chee Keong

Media sosial telah mendapat kredibiliti selama bertahun-tahun sebagai sumber maklumat dan platform yang dipercayai boleh berinteraksi dengan audien. Oleh itu,  institusi pendidikan turut berkembang sejajar dengan trend moden untuk  meningkatkan kehidupan pelajar. Penggunaan media sosial dalam pendidikan menyediakan pelajar dengan keupayaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih berguna, untuk berhubung dengan kumpulan pembelajaran dan sistem pendidikan lain yang memudahkan pendidikan.

Alat rangkaian sosial mampu memberi peluang kepada pelajar dan institusi  untuk meningkatkan kaedah pembelajaran. Melalui rangkaian, kita boleh memasukkan plugin media sosial yang membolehkan perkongsian dan interaksi. Pelajar boleh mendapat manfaat daripada tutorial dan sumber dalam talian yang dikongsi melalui rangkaian sosial.

Terdapat pengetahuan berharga yang dapat diperoleh melalui media sosial seperti analisis dan pandangan mengenai pelbagai topik atau isu untuk tujuan pembelajaran. Media sosial juga merupakan medium di mana pelajar boleh mewujudkan sambungan yang bermanfaat untuk kerjaya mereka. Sebagai institusi pendidikan, pentingnya menggunakan platform sosial bagi membantu mewujudkan strategi latihan pelajar yang lebih baik dan membentuk budaya pelajar. Justeru, media sosial memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan.

v   Menyediakan Persekitran Pembelajaran Kondusif

Dari perspektif aplikasi sedia ada, media sosial dapat menyediakan persekitaran pembelajaran terbuka, menggalakkan pemikiran yang mendalam dalam proses pembelajaran, membantu untuk mencari dan menggunakan pengetahuan, membantu mengekalkan dan meningkatkan semangat belajar, dan mencapai kemajuan bersama peserta kumpulan kolaborasi. Selain itu, media sosial membawa kesan positif untuk memupuk pembelajaran sosial dan kaedah dan tabiat pembelajaran sepanjang hayat. Hasilnya, penyelidik dalam bidang pendidikan mula menyedari bahawa mereka boleh cuba membimbing pelajar melalui pembelajaran interaktif melalui platform media sosial. 


v   Melatih Kemahiran Berlisan

       Hakikatnya, media sosial lebih sesuai untuk melatih kemahiran khas pelajar terutamanya bercakap, mendengar dan menulis. Pembelajaran bahasa lisan berbeza daripada pengajaran bahasa asas. Ia memerlukan pelajar bercakap berdasarkan pemahaman dan ingin bercakap. Cara untuk membiarkan pelajar bercakap adalah satu perkara yang sukar dalam pengajaran bahasa. Hal ini juga disebabkan oleh kebanyakan pelajar mempunyai rasa takut dan malu. Justeru, sekiranya menggunakan media sosial untuk pengajaran lisan, pasti dapat mengurangkan tekanan psikologi pelajar untuk menyelesaikan tugas lisan secara bersemuka. Jika terdapat terlalu banyak pelajar di dalam kelas, guru tidak dapat menjamin bahawa setiap pelajar dapat menyelesaikan latihan di dalam kelas, dan memerlukan media sosial untuk menyelesaikan pelajaran.

v   Meningkatkan Sistem Pembelajaran

Sistem pengurusan pembelajaran adalah perisian rangkaian yang menyampaikan program pendidikan dan memberikan institusi aktiviti pentadbiran lain. Pembelajaran media sosial boleh merangkumi fungsi sembang segera, video, forum untuk berkongsi maklumat dan sumber pengajaran lain untuk membantu pelajar.  Sistem ini menguatkan penyertaan pelajar dan membuat projek pasukan mudah untuk bekerjasama. Adalah bermanfaat bagi institusi untuk menggunakan sistem pengurusan Pembelajaran yang popular dengan integrasi media sosial untuk mencapai jangkauan dan kesan terbaik melalui sistem. Faedah pembelajaran sosial lain adalah sistem persidangan langsung, keupayaan webinar, ulasan kumpulan kongsi, blog dan banyak lagi.

v   Menilai Kemahiran Pelajar

Seterusnya, guru boleh menggunakan media sosial untuk menilai kemahiran pelajar. Sebagai contoh, dalam pengajaran kelas mendengar, selepas guru selesai audio, guru boleh menggunakan fungsi suara WeChat untuk menjalankan ujian kecil . Untuk contoh lain, anda boleh menulis blog sebagai sebahagian daripada penilaian harian kelas penulisan.


v   Berhubung dengan pakar ilmiah

Penggunaan media sosial dalam pendidikan turut membawa manfaat kepada pelajar-pelajar terutamanya yang menuntut di institusi pengajian tinggi, hal ini kerana akan mengetahui siapa pakar dalam bidang dan subjek tertentu. Apabila anda mula mengikuti pakar-pakar ini, anda belajar lebih banyak dan mendapatkan kandungan berguna dari mereka, ini memberi anda kuasa untuk menghasilkan hasil yang hebat.

Media sosial mempunyai keupayaan untuk memperluaskan perspektif anda terhadap pelbagai subjek dan memberi penerangan, kandungan segera yang baru. Anda mempunyai peluang untuk melibatkan pakar untuk mendapatkan jawapan mengenai topik yang mungkin anda perlukan bantuan.

v    Institusi berkomunikasi dengan pelajar

Institudi pendidikan mempunyai keupayaan untuk berhubung dengan pelajar melalui rangkaian media sosial seperti Facebook, kumpulan Google Plus, dan YouTube. Saluran ini boleh digunakan untuk menyampaikan berita sekolah, membuat pengumuman dan menyediakan pelajar dengan maklumat yang berguna. Ini membina hubungan antara institusi pendidikan dan pelajar yang membantu menangani banyak masalah pelajar melalui interaksi kumpulan.
Institusi boleh berkongsi khidmat sokongan dan positif yang menjangkau semua pelajar yang dihubungkan dengan rangkaian media sosial. Video adalah alat yang menonjol dalam trend media sosial yang berkesan dan kita boleh menggunakannya untuk berkongsi video berguna yang memberi inspirasi kepada pelajar dan membantu mereka dalam subjek kursus mereka. Melalui medium sosial seperti YouTube, Facebook atau Instagram video secara langsung, hubungan antara pelajar dan institusi dapat dikekalkan.

v    Membantu dalam proses Penyelidikan

Media sosial merupakan salah satu platform terbaik untuk mengekstrak data. Kita boleh mengetahui cara majoriti orang berasa tentang topik tertentu atau bagaimana pakar melihat dan memberi nasihat mengenai isu-isu tertentu. Ini dapat membantu pelajar mengumpul dan menghasilkan kandungan yang berguna untuk penyelidikan. Sama ada pelajar sedang menjalankan tugasan, mengusahakan sesuatu projek atau cuba untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai subjek, beberapa maklumat dan hasil terbaik boleh diekstrak dari media sosial.

v    Pelajar boleh membina kredibiliti sosial

Membina blog menerusi rangkaian sosial boleh membantu pelajar membina portfolio untuk kerjaya mereka. Platform boleh digunakan untuk memulakan perkongsian sementara pelajar masih dalam ruang pembelajaran. Ini memberi manfaat kepada kerjaya pelajar yang menunjukkan proses pembelajaran telah berkembang melalui media sosial mereka.

Dengan mencerminkan latar belakang pendidikan dan mendapat pendedahan di media sosial, yakni dapat membina kredibiliti sosial pelajar dan dilihat sebagai orang yang boleh menawarkan kepakaran mereka dalam bidang tertentu. Ini menyediakan dan meletakkan kerjaya mereka untuk mempunyai kredibiliti sosial.

Sesungguhnya, sebagai interaksi rangkaian sosial yang maju dalam sistem pendidikan, media sosial akan menjadi alat utama untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Manfaat penting yang membina rangkaian adalah alat dan akses berguna dan bermanfaat yang menjadikan pembelajaran menjadi proses yang menyenangkan. Kelayakan pemasaran digital dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk mengetahui tentang peranan media sosial dalam pendidikan. Ini boleh membawa kepada pelbagai laluan media sosial dan pemasaran pekerjaan.

~ Sekian ~

Cabaran Aplikasi Media Sosial Dalam Pendidikan


Cabaran Aplikasi Media Sosial Dalam Pendidikan
Disediakan oleh Yong Hui Ying PQB180021


Peranan Pendidik
Peranan pendidik dalam menggunakan aplikasi media sosial sangat penting untuk memastikan keberkesanan penggunaan teknologi dalam proses pendidikan. Pendidik perlu sentiasa peka dengan arus teknologi dalam pendidikan abad ini kerana teknologi sentiasa berubah tanpa disedari. Sikap negatif segelintir pendidik yang telah biasa menggunakan kaedah lama untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran adalah cabaran bagi menggunakan aplikasi media sosial dalam pendidikan (Rabaya & Norazah, 2014). Hal ini adalah kerana, sikap pendidik itusendiri yang tidak mahu menyesuaikan diri dengan ledakan revolusi teknologi dalam pendidikan. Hanya segelintir pendidik sahaja yang memanfaatkan aplikasi sosial media dalam persekitaran pembelajaran dan pengajaran (Rabaya & Norazah, 2014). Justeru, sikap positif pendidik dalam menggunakan teknologi perlu diserap dalam diri pendidik. Hasil kajian Abdul Wahab et al. (2006) menyatakan bahawa terdapat hubungkait antara sikap dengan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana sikap yang positif dalam diri guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.



Akses / Kos Pengendalian
Akses kepada ICT merupakan masalah utama di Malaysia. 83% masyarakat di kawasan luar bandar dan 60% di kawasan bandar mendapati akses kepada ICT adalah terlalu mahal. Dari 1.5 juta rakyat Malaysia yang menggunakan internet, 50% berada di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan. Ini mewujudkan jurang digital yang ketara di dalam masyarakat Malaysia. (Education Quarterly:35 : 2001). Tiada akses kepada internet serta talian akses yang perlahan merupakan cabaran yang dirasai di sekolah-sekolah tertentu. Begitu juga sekolah yang tidak mempunyai komputer (kecuali untuk urusan pentadbiran) atau kuasa elektrik memberikan cabaran yang hebat dalam perlaksanaan penggunaan aplikasi media sosial dalam pendidkan.

Kos Bahan / Infrastruktur
Ia melibatkan kos yang tinggi sama ada untuk infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian. Kos membaikpulih komputer yang rosak juga perlu dipertimbangkan. Perisian mestilah yang asli dan bukan yang dibeli di pasaran biasa atau pirate installler. Tentulah ia melibatkan kos yang tinggi kerana satu perisian adalah untuk satu komputer sahaja. Selain itu, negara kita dikejutkan tentang isu makmal-makmal komputer yang belum siap dibina atau yang siap dibina tetapi tidak selamat diduduki. Ini amat merugikan dan satu pembaziran kerana pembinaaan makmal komputer ini melibatkan tender-tender kerajaan. Selain itu, penggunaan smart phone dan ipad walaupun sangat biasa pada masa ini, tetapi bukan semua pelajar dapat akses terhadap alatan ini.



Kesediaan Guru
Sandra et.al, (2013) ; Yahya dan Roselan, (2007)  menyatakan kesediaan guru prasekolah untuk mengintegasikan  penggunaan ICT  dalam  pembelajaran dan pengajaran merupakan  faktor  yang  menentukan  kejayaan  dan keberkesanan penggunaan aplikasi sosial media dalam pendidikan. Bagi mencapai tujuan tersebut, sikap guru dilihat sebagai satu isu yang perlu diperbaiki khususnya dalam penggunaan aplikasi sosial media (  Melvina & Jamaludin, 2010 ; Yahya dan Roselan, 2007 ; Sandra et.al, 2013). Ini dikukuhkan lagi dengan dapatan kajian yang  dibuat oleh Chung , Hui Ching, Melvina and Jamaludin Badusah, (2010) bahawa  guru-guru  yang  tidak  pernah  menghadiri  kursus  ICT  mempunyai  sikap  negatif  dan sederhana dalam usaha menggunakan aplikasi sosial media ketika menjalankan pembelajaran dan pengajaran dan sikap yang sedemikian agak  membimbangkan.  Kajian  lain  mendapati  bahawa  dapatan  daripada  Pelan  Rancangan Pendidikan 2001-2010 mendapati antara tahun 1996-2000, daripada 30% guru yang menghadiri kursus ICT hanya segelintir yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran (Sandra et.al, 2013).  Melalui sikap ini juga, kemahiran guru  menjadi terbatas  dan terhad  sekaligus menjadi satu cabaran yang perlu dihadapi dalam meningkatkan perkembangan literasi awal kanak-kanak. Ini  dibuktikan  melalui  kajian  Chung  et.al,  (2010)  bahawa  guru-guru  bahasa  mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sederhana terhadap penggunaan ICT. Penggunaan komputer yang rendah disebabkan kemahiran guru pada tahap yang paling asas dan ini menyokong dapatan Sandra et.al, (2013) menyatakan bahawa guru yang kurang dari aspek kemahiran akan menjadi kurang  yakin  apabila  menggunakan  ICT  dalam  proses  pembelajaran dan pengajaran  secara  tidak  langsung  menjadi masalah utama dalam pengintegrasian penggunaan aplikasi sosial media dalam pembelajaran dan pengajaran. Ini mungkin disebabkan guru kurang menguasai teknik atau kaedah penggunaan ICT dalam kelas kerana mereka tidak didedahkan dengan cara atau kaedah penggunaan ICT di kelas semasa mengikuti kursus ikhtisas atau  ijazah sarjana  muda.  Ini  mengukuhkan  lagi dapatan  Ahmad et.al, (2007) bahawa  terdapat  guru  yang  tidak  mahir  dalam  mengendalikan  pembelajaran  berbantukan komputer disebabkan kurang latihan.


Peranan Pelajar
Peranan pelajar turut memainkan peranan dalam menggunakan teknologi dalam proses pembelajaran mereka. Cabaran utama dalam memastikan pelajar menggunakan aplikasi sosial media secara berkesan dalam pembelajaran pelajar adalah sikap dan juga kemahiran pelajar (Sharifah & Kamarul Azman, 2011). Ini adalah kerana, kebanyakan pelajar hanya menggunakan aplikasi sosial media untuk tujuran hiburan dan bukan untuk pembelajaran mereka. Pelajar ini tidak mempunyai sikap motivasi yang tinggi untuk mempelajari sesuatu suasana pembelajaran yang baru yang berasaskan teknologi (Mingmei Yuet al., 2012). Malah terdapat juga segelintir pelajar hanya mengetahui aplikasi sosial media daripada pelajar lain apabila melihat pelajar tersebut menggunakannya. Selain itu, segelintir pelajar juga mempunyai kemahiran yang rendah dalam menggunakan aplikasi sosial media. Pelajar ini tidak dapa tmempelajarinya sendiri walaupun terdapat banyak video-video cara penggunaan sesuatu aplikasi dapat diperolehi di laman-laman web. Ini menunjukkan kurangnya tahap pembelajaran secara kendiri oleh pelajar terbabit. Justeru, pelajar haruslah bersikap positif dalam menerima perubahan pembelajaran mereka. Malah kajian Mohd Azli dan Abdul Latif (2013) menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dalam pembelajaran oleh pelajar perlulah positif bagi meningkatkan pencapaian mereka melalui penggunaan teknologi untuk pembelajaran kendiri. Namun,pelajar haruslah bijak untuk menentukan fungsi dan tujuan sebenar pelajar menggunakan teknologi dalam pembelajaran supaya tidak terlibat dengan penyalah gunaan teknologi.


Peranan Ibu bapa
Ibu bapa juga memainkan peranan dalam penggunaan aplikasi sosial media dalam pendidikan (Mingmei Yu et al., 2012). Kegagalan ibu bapa dalam mengejar arus perkembangan teknologi di era globalisasi adalah cabaran dalam menggunakan aplikasi sosial media dalam pendidkan (Mingmei Yu et al., 2012). Hal ini menyebabkan hubungan sosial antara pelajar, ibu bapa dan juga pendidik dalam penggunaan aplikasi sosial media terjejas (Mingmei Yu et al., 2012). Selain itu juga, sosio-ekonomi ibu bapa juga antara cabaran dalam penggunaan aplikasi sosial media dalam pendidikan (Tien et al., 2008). Hal ini kerana, ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang rendah kurang bernasib baik dalam kemahiran dan pengetahuan mengenai teknologi (Tien & Fu, 2008) dan kurang keyakinan untuk menggunakan teknologi (Vekiri, 2010). Ini menunjukkan bahawa ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang rendah kurang berpeluang untuk menggunakan teknologi dan manfaatnya di rumah dan tidak dapat memantau penggunaan aplikasi sosial media anak-anak mereka dengan baik (Mingmei Yu et al., 2012).

_______________________________________________________________________________

Rujukan

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siara, & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalamkalangan guru sekolah menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang. Di akses pada 4 Disember 2019 daripada http://web.usm.my/km/24-06/KM ART 11.pdf.

Ahmad Esa, Baharom. M, Mukhtar dan  Siti Nasrah (2007) Peranan multimedia di dalam  pembelajaran  kanak-kanak.  In:  Seminar  Kebangsaan  Jawatankuasa  Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG 2007), 18-20 November 2007, Hotel Royal Adelphi, Seremban.

Chung , Hui Ching,Melvina dan Jamaludin Badusah, (2010) Sikap guru Bahasa Melayu  terhadap penggunaan teknologi maklumat dan kKomunikasi (ICT) dalam pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (1). pp. 59-65. ISSN 0126-6020 / 2180-0782.

Mingmei Yu, Allan H.K., Yuen & Jae Park. (2012). Using Web 2.0 Technologies - Exploring Perspectives of Students, Teachers and Parents. Interactive Technology and Smart Education Journal . 9(4):2014 – 216.

Mohd Azli Yeop & Abdul Latif Haji Gapor. (2013). Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan Teknologi Terhadap Pencapaian danPenerimaan Pelajar. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 5(1).

Rabaya Muhamad & Norazah Nordin. (2014). Penggunaan AplikasiSumber Pembelajarann Terbuka (OER) Sebagai Media Pengajaran di Kalangan Guru-Guru. Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikandalam Pendidikan, disunting oleh 

Fariza Khalid, Md Yusoff Daud &Mohd Jasmy Abd Rahman. 39-44. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan,UKM.

Sandra.R, Abu Bakar.N, & Norlidah.A, (2013). Penggunaan ict merentas kurikulum standard prasekolah kebangsaan (kspk): tinjauan di prasekolah kementerian pelajaran malaysia.

Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1): 25-34.

Tien, F.F. & Fu. (2008). The Correlates of The Digital Divide and Their)mpact on College Student Learning. Computers and Education Journal. 50(1): 421-36.

Yahya. O, Roselan. B, dan Kemanusiaan, J. P. B., & Pendidikan, F. P. (2007). Aplikasi komputer  dalam  pengajaran  bahasa:  Penguasaan  guru  dan  kekangan  dalam  pelaksanaan.  1st International  Malaysian  Educational  Technology  Convention  (47-54).

Kesimpulan


Kesimpulannya, penggunaan media sosial dalam pembelajaran dapat membantu para pelajar dan pendidik untuk mencipta serta membina pengetahuan mereka. Pembelajaran menerusi media sosial sedikit sebanyak mampu memberika suasana pembelajaran yang menarik dan lebih efektif. Penggunaan aplikasi media sosial dalam kalangan pelajar akan memberikan kesan yang positif melalui dan dapat menjimatkan masa pembelajaran pelajar. 

Penggunaan media sosial dalam pendidikan mempunyai kebaikan dan kelemahan. Oleh itu beberapa inisiatif perlu diambil bagi meningkatkan tahap penggunaan media sosial dalam pendidikan. Terdapat beberapa cadangan dapat diberikan bagi memastikan penggunaan aplikasi media sosial sebagai medium pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Antaranya adalah : 
  • Penggunaan media sosial dalam pendidikan perlu diperluaskan dengan memberi kursus kursus kepada para pendidik tentang pengunaan media sosial yang terbaik dalam mencari sumber ilmiah dengan lebih efektif.
  • Pendidik harus bijak membuat pemilihan media sosial yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
  • Kerajaan perlu melakukan sekatan ke atas laman web yang kurang baik bagi mengurangkan sikap negatif dalam kalangan masyarakat semasa menggunakan medium media sosial.
  • Pemantauan perlu dijalankan sepanjang masa supaya pembelajaran berkesan dapat dipupuk di kalangan guru dan murid. Penggunaan medium media sosial mampu memberi kesan positif dalam pembelajaran serta membantu guru dan pelajar meningkatkan lagi pengetahuan masing-masing.

Bagi maklumat garis panduan penggunaan media sosial dalam pendidikan, klik link di bawah :
Garis Panduan Nilai & Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru & Murid